BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Jangan Keliru! ‘Padu’ yang digodam bukan Sistem Padu Kelolaan Kementerian Ekonomi

373

Oleh JomCheck

Gempar di media sosial apabila kumpulan penggodam antarabangsa, R00TK1T memaklumkan di saluran Telegram mereka kejayaan menggodam lebih 27 TB data organisasi ‘PADU’ di Malaysia.

Pihak penggodam turut berkongsi tangkap layar beberapa dokumen di dalam ‘folder’ sebagai pembuktian dan terdapat ‘folder’ yang bernama PADU.

Isu yang berlaku ini telah merisaukan ramai pihak kerana merasakan PADU yang dimaksudkan adalah Pangkalan Data Utama iaitu program pendataan butiran maklumat peribadi rakyat Malaysia yang sedang dikendalikan kerajaan.

Rakan JOMCHECK iaitu Astro Awani dan MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan yang menerangkan keadaan sebenar tentang perkara ini.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: PADU yang dimaksudkan oleh penggodam berkenaan adalah organisasi PADU (Unit Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan) di bawah LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) dan bukannya Pengkalan Data Utama yang diterajui Kementerian Ekonomi.

Sumber:
MalaysiaKini: https://bit.ly/49GQppy

Astro Awani: https://bit.ly/4391hKm

Soya Cincau: https://bit.ly/3IrxMd9

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara: https://bit.ly/3wQkpAA

Poin penting daripada sumber di atas adalah:

a. Tangkap layar yang dikongsikan menunjukkan ‘folder’ dengan nama PADU beserta tahun 2019, sedangkan inisiatif Pangkalan Data Utama oleh kerajaan baru sahaja bermula pada tahun 2023.
b. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sendiri telah menafikan maklumat palsu yang tersebar dalam kalangan masyarakat itu.
c. LPPKN melalui kenyataan media miliknya mengakui bahawa penggodaman tersebut telah berlaku melalui ‘server’ mereka yang diberi nama iKNOW.
d. Agensi berkenaan juga memaklumkan bahawa PADU yang dimaksudkan bukanlah Pangkalan Data Utama dan PADU yang berjaya digodam merupakan salah satu unit di bawah LPPKN.
e. ‘Folder’ berkenaan juga sekadar menyimpan dokumen program oleh unit PADU LPPKN yang telah luput.
f. Sistem yang telah digodam itu juga telah melalui proses tambah baik pada hari yang sama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...