BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Keliru Nama Syarikat, Yeo’s Jadi Mangsa Tuduhan Proses Darah Babi Jadikan Produk Minuman

316

Oleh JomCheck

Tular di WhatsApp satu video beserta kapsyen yang mengajak pemboikotan terhadap produk minuman jenama Yeo’s keluaran Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd.

Video yang dihantar memaparkan laporan berita daripada Media Mulia TV mengenai teknologi penyulingan baharu yang berupaya untuk memproses darah babi menjadi air minuman.

Semakan fakta yang dilakukan oleh rakan JOMCHECK, MalaysiaKini memperolehi maklumat yang menentang dakwaan berkenaan.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Syarikat yang dimaksudkan di dalam laporan berita tersebut ialah Syarikat Veos yang berpangkalan di Belgium dan tiada kaitan dengan produk Yeo’s (Malaysia).

Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/695496

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.facebook.com/photo.php?fbid=937165001363104&set=a.937164451363159&type=3&ref=embed_post

Isi penting bagi menjawab segala persoalan adalah:

a. Isu ini menjadi tular apabila laman berita dalam talian Media Mulia TV dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan inovasi penyulingan bahan buangan pertanian dan penternakan ciptaan syarikat dari Belgium, Veos.

b. Walaupun Veos tidak menyatakan jenis darah haiwan yang digunakan, Media Mulia TV dan Utusan Malaysia meletakkan tajuk ‘Darah babi diproses jadi minuman’ pada laporan mereka.

c. Masyarakat menyangka Veos dan Yeo’s adalah syarikat yang sama, seterusnya menuduh Yeo’s mengeluarkan produk minuman berasaskan darah babi.

d. Veos adalah syarikat yang ditubuhkan pada 1974 untuk memasarkan produk berkaitan protein haiwan.

e. Manakala Yeo’s pula adalah syarikat yang diasaskan di China pada 1901 dan kemudiannya bertapak di Malaysia dan Singapura sejak 1940-an.

f. Yeo’s merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Lepas ini jangan kongsi lagi video yang boleh mengelirukan warganet okay! Semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...