AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Sindiket ‘Ali Rohingya’ Tumpas

169

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI dalam satu Operasi Khas pada 24 Februari 2024 di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan. Operasi yang bermula pada jam 1.00 pagi adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak
berhampiran Wakaf Che Yeh.

“Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi. Tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini.

Pemeriksaan lanjut ke atas kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek menemui tiga orang wanita dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur antara 19 hingga 21 tahun. Berdasarkan maklumat, kesemua mereka dipercayai berhenti di stesyen minyak berkenaan yang sering dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur. Pasukan kemudian bergerak memeriksa rumah dipercayai kediaman Ali dan menemui sepucuk pistol angin.

Susulan penahanan Ali, pasukan telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu. Serbuan berjaya menangkap seorang lagi lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Rahim yang disyaki orang kanan Ali. Pemeriksaan lanjut telah menahan 4 orang lelaki warganegara Myanmar berumur lingkungan 16 hingga 27 tahun dan merampas sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini.” kata Ruslin.

Katanya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk PATI warganegara Myanmar melalui laluan haram di sempadan pada waktu malam. PATI ditempatkan di rumah penampungan dan sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres bagi mengaburi pihak berkuasa. Sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan dan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 untuk seorang PATI.

“Kesemua 10 orang PATI termasuk dua lelaki etnik Rohingya yang disyaki tekong darat dibawa ke pejabat JIM Kelantan untuk tujuan siasatan. Manakala kedua-dua buah kereta yang digunakan dalam kejadian ini disita untuk tindakan lanjut jabatan. Pihak JIM percaya dengan tertangkapnya kedua-dua tekong etnik Rohingya ini, satu lagi sindiket penyeludupan PATI yang aktif di Kelantan berjaya ditumpaskan.

Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.” ujar Ruslin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...