AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

156

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini.

Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia.

Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun.

Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. Kursus membuat kuih Onde-Onde, kuih Cara dan Teh Tarik menjadi pilihan dalam aktiviti penyediaan makanan dan jahitan manik serta ukiran kayu laser dengan lambang budaya adalah aktiviti kursus lain dalam memberikan pengalaman yang penuh kepada peserta dalam memahami budaya Malaysia yang pelbagai.

Dr. Noriah Abdul Malek, Pengarah Kolej Komuniti Selayang menyatakan bahawa pihak Kolej Komuniti Selayang sentiasa mengalualukan kedatangan perwakilan dari negara lain dalam jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu serta kepakaran antara institusi yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.

Dr. Noriah Abdul Malek turut menyatakan bahawa usaha kerjasama ini turut mendedahkan pelajar daripada kedua institusi kepada pelbagai aspek kehidupan dalam memupuk persefahaman kebudayaan terhadap budaya asing disamping meningkatkan komunikasi interpersonal peserta.

“Peluang sebegini adalah ruang dan peluang untuk membina individu yang holistik, kreatif dan inovatif serta berdaya saing yang dapat menyumbang kepada peningkatan generasi akan datang dalam meneruskan warisan hubungan dan persefahaman antarabangsa,” tambahnya lagi.

Pelajar Semester 3, Program Operasi Perhotelan KKSY, Ahmad Azhar Afandi,20 menyatakan bahawa beliau teruja dalam menyantuni pelajar-pelajar daripada negara luar kerana ini memberi peluang kepadanya untuk berkomunikasi dengan dengan lebih rapat lagi dengan rakan dari pelbagai negara.

“Pada mulanya, cara berkomunikasi amat sukar dan terhad untuk menyampaikan sesuatu, tetapi saya atasinya dengan menggunakan pelbagai kemudahan lain dalam berkomunikasi. Menggunakan isyarat tangan dan melalui aplikasi penterjemahan menjadi medium komunikasi kami. Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk menyantuni mereka. Malah, kami telah bertukar nombor telefon dan media sosial bagi mengekalkan persahabatan ini”, tambahnya lagi.

“Saya juga tidak pernah bermain permainan yang mereka (pelajar Jepun) perkenalkan tadi dan saya teruja kerana permainan ini sangat berlainan dengan budaya kita di Malaysia”, tambahnya.

Program pertukaran budaya memberikan peluang kepada pelajar daripada kedua-dua institusi dalam meneroka pelbagai aspek menarik budaya Malaysia dan Jepun menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan pada hari ini. Program Mobiliti ini melibatkan sebanyak 366 orang pelajar masing-masing daripada Sekolah Tinggi dan Kolej Komuniti Selayang, 12 tenaga pengajar daripada Sekolah Tinggi dan 30 orang tenaga pengajar daripada KKSY sendiri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...