AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

FOMO, topik pertama program “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia”

355

PUTRAJAYA, 18 Februari 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bakal muncul dengan program bual bicara “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” yang disiarkan di laman media sosial rasmi JaPen.

Menurut Japen, episod pertama akan bersiaran pada 19 Februari 2024, pukul 10.30 pagi yang menampilkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta pelakon, penyanyi, dan usahawan, Nur Fazura sebagai panel.

Kata Japen lagi, “Fear of Missing Out (FOMO)” merupakan topik yang diketengahkan menyentuh kebimbangan sosial daripada impak digitalisasi dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda serta meneroka pengalaman panel bagi menguruskan perasaan takut ketinggalan terhadap sesuatu perkara baharu.

“Menyasarkan penglibatan generasi muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi melalui program bual bicara santai, “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif Kerajaan MADANI, di samping memupuk semangat patriotik, keharmonian dan integrasi nasional.

Program bual bicara enam episod berdurasi antara 30 hingga 45 minit terbahagi kepada tiga segmen utama – Tentang Kita, Korang Tanya dan Slot Richiamo dengan kerjasama JaPen bersama-sama Jabatan Pendidikan Tinggi dan Richiamo Coffee Sdn. Bhd.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...