Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

645
HARI PAUS SEDUNIA : KESEDARAN DAN PERLINDUNGAN

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia

Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di dunia dalam ekosistem laut kini berdepan ancaman pemburuan haram, pencemaran laut, perubahan iklim serta kehilangan habitat. Di Malaysia, paus merupakan haiwan spesies marin terancam dan dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu “tiada seorang pun boleh memancing,
menganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil atau mengambil apa-apa mamalia akuaktik atau penyu yang dijumpai” dan mana-mana orang yang melanggar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.

Kehadiran paus adalah berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia ini adalah berbeza-beza bergantung pada spesies serta habitat masing-masing. Beberapa siri penampakan spesies paus pernah direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) antaranya ialah Paus Bryde (Balaenoptera edeni) yang pernah dilihat di perairan Langkawi pada Jun 2022. Paus ini masuk ke Malaysia secara bermusim iaitu ketika musim bilis untuk mencari makanan. Penemuan lain yang direkodkan ialah di sekitar Pulau Perak, di hujung utara Selat Melaka, di luar Tanjung Dawai dan pernah terdampar di Nenasi, Pahang (2008), Kuala Sayak, Kedah (2010) serta di Pitas, Sabah (2007).

Tinjauan udara pada tahun 1999-2000 juga pernah mengesan kehadiran Paus Omura (Balaenoptera omurai) berhampiran pantai Sabah namun kemudian ditemui mati terdampar di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 2012. Paus ini sangat jarang ditemui dan selalu berada di Kawasan yang terpencil. Paus Sei (Balanoptera borealis) spesies ketiga terbesar di dunia juga pernah terdampar di Pulau Carey dan Banting Selangor, Pantai Nenasi di Pahang dan di Sungai Sarang Buaya, Batu Pahat Johor.

Populasi ikan paus di seluruh dunia yang terancam memerlukan tindakan segera daripada masyarakat untuk melindungi spesies berharga ini sebelum semakin pupus. Hari Paus Sedunia adalah untuk mempromosikan kesedaran tentang pentingnya melestarikan paus. DOF ingin mengingatkan semua pihak tentang kepentingan perlindungan terhadap spesies ini dan kolaboratif semua pihak dituntut bagi memastikan populasi paus tidak terancam.

“Meskipun konservasi telah dilakukan oleh berbagai pihak di seluruh dunia, masih banyak yang perlu dilakukan untuk melindungi masa depan spesies ini. DOF akan terus mendukung dan sentiasa bersedia untuk berkerjasama dengan semua pihak dalam konservasi paus dan berbagai inisiatif perlindungan laut yang lain. Kelangsungan hidup spesies ini penting agar dapat dilihat oleh generasi akan datang”, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain.

DOF melalui Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang sentiasa menjalankan kempen pendidikan, bengkel dan acara yang melibatkan orang awam bagi meningkatkan kesedaran tentang isu pemuliharaan ikan paus. Usaha ini bertujuan memupuk pemahaman, penghargaan, serta sokongan bagi inisiatif pemuliharaan ikan paus dalam kalangan masyarakat tempatan.

Penyertaan DOF di dalam forum dan rundingan antarabangsa juga merupakan salah satu usaha diplomatik bersama negara luar bagi menyokong perlindungan yang lebih kukuh untuk mamalia serta ekosistem marin termasuk menggalakkan amalan pengurusan perikanan yang mampan, menangani ancaman pencemaran laut dan perubahan iklim serta menyokong inisiatif penyelidikan secara kolaboratif. Sokongan pembinaan kapasiti, bantuan teknikal turut diberikan kepada negara membangun dan wilayah yang kekurangan sumber dan kepakaran dalam pemuliharaan ikan paus. Usahasama tersebut dijalankan melalui program latihan, pemindahan teknologi dan perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan keupayaan tempatan untuk memantau serta mengurus populasi paus.

Selain itu, kerjasama bersama universiti turut dilaksanakan bagi memanfaatkan kepakaran saintifik, keupayaan penyelidikan dan rangkaian komuniti dalam menyokong usaha pemuliharaan ikan paus. IPP Rantau Abang bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga telah menjalankan penyelidikan berkenaan aspek biologi paus, ekologi serta tingkah laku dan turut memberikan pandangan mengenai dasar pemuliharaan serta strategi pengurusan. Kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dijalin bagi memberi advokasi kepada orang awam dan aktiviti pemuliharaan di lapangan turut dilaksankan dalam mendapatkan sokongan komuniti dalam menjayakan inisiatif pemuliharaan mamalia marin.

Orang awam juga boleh membantu dan menyokong usaha pemuliharaan paus dengan mengurangkan penggunaan plastik, tidak membuang sisa toksik ke laut dan menyokong organisasi yang berusaha memerangi pencemaran laut dengan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai. Elakkan memberi makan serta berinteraksi dengan ikan paus kerana tindakan tersebut boleh mengganggu tingkah laku semula jadi yang mungkin boleh membahayakan mereka dan penting untuk membiarkan paus kekal liar agar mamalia ini tidak terganggu dalam persekitaran semula jadi mereka.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...