AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Usaha dan tawakal sumber tabah hadapi ujian

299
Usaha perlu disertai dengan tawakal kepada Allah SWT serta kepercayaan kepada ketetapanNya. Gambar oleh Unseen Studio - Unsplash

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin

Setiap tahun, musim peperiksaan merupakan waktu yang mendebarkan bagi setiap pelajar tidak kira pada peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Ada yang menjadikan peperiksaan tersebut sebagai ukuran tahap pencapaian atas usaha namun tidak kurang juga yang mengganggap peperiksaan sebagai satu cabaran yang membimbangkan serta menakutkan.

Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin

Namun, dengan persediaan yang betul dan strategi yang efektif, pengorbanan masa, fokus dan motivasi dari pelbagai pihak, pelajar boleh menghadapi peperiksaan dengan keyakinan dan mencapai kejayaan. Ia merupakan salah satu dari jalan usaha.

Islam sangat memandang unsur usaha kerana ia adalah satu perkara yang bernilai sangat tinggi, dan ia merupakan faktor penting dalam memberi motivasi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Usaha juga dapat menjadikan umat itu aktif, menegah umat pasif, malas dan bergantung hidup dari bantuan orang lain. Allah berfirman dalam surah Al-Jumaah ayat 10: “

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpahan kurniaan Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”

Namun, usaha perlu disertai dengan tawakal kepada Allah SWT serta kepercayaan kepada ketetapan-Nya. Dengan menggabungkan usaha yang gigih dengan keyakinan kepada Allah SWT, kita dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Imam Abu Talib al-Makki menyatakan tawakal ialah kebergantungan dan keyakinan seseorang kepada Allah SWT sepenuhnya tanpa bergantung selain dariNya, sabar dengan segala dugaanNya, reda kepadaNya, sentiasa bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mengingati kepada hikmatNya di atas sesuatu yang berlaku dalam kehidupan ini. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang hamba itu bertawakal, mereka akan mengetahui dengan yakin bahawa setiap yang diperolehinya adalah rezeki dan ketentuan daripada Allah SWT .Dinukilkan dari kata-kata Luqman al-Hakim dalam wasiat beliau kepada anak-anaknya, menyatakan tawakal ialah sifat orang-orang yang beriman dan dicintai Allah SWT Sesiapa yang bertawakal kepada Allah SWT, menyerah diri kepada Qada’ serta redha dengan Qadar Allah SWT seperti seseorang itu telah menegakkan agamaNya.

Justeru kesan tawakal dapat dilihat apabila adanya unsur usaha dan pergerakannya untuk mencapai sesuatu tujuan. Allah SWT memerintahkan kita berusaha dan pada masa yang sama memerintahkan kita untuk bertawakal. Usaha dengan anggota badan juga termasuk ketaatan kepada Allah SWT dan tawakal dengan hati adalah keimanan kepadaNya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang hamba dalam perjuangan menuntut ilmu, perlu berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam mencapai Impian, kemudian disusuli dengan tawakal kepada Allah SWT. Apabila seseorang itu bertawakal, ia dapat membangkitkan semangat dirinya bahawa, Allah SWT sentiasa bersamanya setiap detik dan ketika. Keadaan ini dapat mengelakkan perasaan putus asa bersarang dalam diri seseorang serta dapat memberikan ketenangan kepadanya.

Bertepatan dengan pendekatan al-Makki menyatakan bahawa tawakal adalah kebergantungan keseluruhan hidup seseorang hamba hanya kepada Allah SWT tanpa keluh kesah dan yakin dengan ketentuan Allah SWT itu akan terlaksana. Ini jelas, seseorang perlu meyakini dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT, sabar dengan segala dugaanNya, reda kepadaNya, sentiasa bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mengingati hikmatNya. terhadap sesuatu yang berlaku akan menlahirkan rasa semangat dan ketabahan hati serta akan lebih kuat daya tahan dalam menghadapi segala ujian dan perkara yang tidak diingini.

Hal ini akan mengikis rasa lemah, ketidak upayaan diri kepada sifat-sifat yang positif dalam menjalani kehidupan.

……

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di basirah@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...