AMBM @ MY LNA

Abang Johari hadiri Kunjungan Tahun Baru Cina 2024  hari yang kedua

331

KUCHING, 11 Februari 2024 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri beberapa kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk hari yang kedua hari ini.

Abang Johari ditemani isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina hari kedua ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong di Jalan Stampin Tengah di sini hari ini.

Ketibaan Abang Johari disambut oleh Datuk Sri Huang, Timbalan Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain.

Sejurus selepas itu, Abang Johari berkunjung ke rumah terbuka tahun baru cina Persatuan Teo Chew di Jalan Tabuan Kuching.

Setiba nya di rumah terbuka tersebut rombongan Premier disambut dengan kemeriahan persembahan tarian singa.

Turut hadir sama dalam kunjungan ke rumah terbuka untuk hari kedua ini ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat lain

Disediakan Oleh:Jemat Saie
Juru Foto : Cassidy Lisut & Lance Dunstan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...