Biz @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

Generali Malaysia Membawakan Pengalaman Insurans Bersepadu ke Melaka

230
(Dari kiri ke kanan): Michelle Dan, Ketua Pegawai Kewangan Generali Insurance Malaysia Berhad; Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad; Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara bagi Entiti Generali di Malaysia dan Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Pengedaran Generali Insurance Malaysia Berhad melancarkan Generali Malaysia cawangan Melaka serba baharu semasa upacara pemotongan reben.

KUALA LUMPUR, 8 Februari 2024 (Bernama) — Generali Malaysia mengumumkan pelancaran cawangan Melaka ― cawangan sehenti yang menawarkan rangkaian penyelesaian Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, semuanya di bawah satu bumbung.
 
Semasa majlis memotong reben yang diadakan pada 26 Januari 2024, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia menyentuh hakikat bahawa Melaka merupakan sebuah bandar raya yang dipenuhi dengan warisan budaya yang meriah. Selama bertahun-tahun, bandar raya tersebut telah berubah menjadi hab perniagaan yang berkembang maju dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa.
 
“Kami percaya cawangan Melaka kami mampu berkembang maju bukan sahaja sebagai sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan insurans sehenti, tetapi juga sebagai sebuah pusat pemprosesan utama, memacu transformasi dan menyumbang dalam pertumbuhan KDNK serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Cawangan ini merupakan lensa yang membolehkan kami memerhatikan perniagaan dan hubungan kami dengan komuniti sekitar, sebagai sebahagian daripada strategi Rakan Sepanjang Hayat kami,” ujar Fabrice. 

Generali telah mereka bentuk semula cawangannya bagi menyediakan pengalaman yang tertumpu pada pelanggan melalui rundingan dan penyelesaian fizikal dan digital (phygital). Ruang pelbagai fungsi tersebut memaparkan elemen-elemen fungsi, keterangkuman dan teknologi, yang menyerlahkan komitmen berterusan Generali ke arah kelestarian, inovasi dan pemusatan pelanggan. 
 
Cawangan Melaka yang baharu ini menempatkan ruang khidmat pelanggan di tingkat bawah dengan beberapa buah bilik yang berfungsi sebagai tempat perbincangan peribadi, bilik latihan dan ruang pejabat mengisi ruang seluas empat tingkat. Pelanggan dan rakan kongsi dialu-alukan masuk tanpa janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan di kaunter, ataupun berbual secara peribadi dengan pegawai perkhidmatan yang berdedikasi dalam suasana yang kolaboratif.
 
Tambah Fabrice lagi, “Generali mendukung satu visi yang teguh untuk menjadi syarikat insurans yang terkemuka dan menjadi pilihan di Malaysia. Kami percaya insurans merupakan salah satu perkhidmatan yang masih mengekalkan sentuhan mesra manusia. Kami mahu berada lebih dekat dengan kakitangan, pelanggan dan rakan kongsi kami― untuk berhubung, melindungi serta memupuk hubungan yang berpanjangan dengan mereka.”

Cawangan Generali Melaka kini dibuka dan sedia untuk memberikan perkhidmatan dari Isnin hingga Jumaat 8:45 pagi – 5:00 petang (kecuali cuti umum). Untuk maklumat lanjut, sila layari lokasi cawangan di laman web rasmi Generali Malaysia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...