AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

UPSI dan UTHM Jalin Kerjasama, Perkukuh Kebitaraan Kepimpinan Mahasiswa Madani

455

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi & Tuan Husna Izzah Tuan Hussin

TANJONG MALIM – Selaras dengan matlamat untuk meluaskan jaringan komunikasi dan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Kolej Harun Aminurrashid menjalin ikatan kerjasama padu bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ikatan kerjasama itu berlangsung dalam Program Penanda Aras Pemangkin Siswa Madani di Kolej Kediaman Tun Fatimah, UTHM pada 13 Januari lepas.

Rombongan mahasiswa dan felo UPSI diketuai oleh Dr. Che Anuar Che Abdullah, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid disambut mesra oleh Timbalan Pengetua 1 Kolej Kediaman Dalam Kampus Parit Raja, Dr. Nur Ilyani Ramli bersama barisan Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) dan pengurusan tertinggi kolej.

Dr. Nur Ilyani Ramli menyatakan hasrat UTHM untuk bekerjasama dengan UPSI dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan, kepimpinan pelajar serta pebangunan modal insan mahasiswa madani.

“Saya melihat demand industri pendidikan kini kearah mobiliti dan jalinan rentas sempadan. Saya berharap UPSI dan UTHM akan terus berkolaborasi dalam pelbagai program yang akan datang demi membangun mahasiswa cemerlang,” katanya.

Sepanjang lawatan diadakan, mahasiswa UPSI berpeluang melawat dan memantau selok belok kolej kediaman di UTHM termasuk meneliti perancangan program, inisiatif kebajikan dan fasiliti yang disediakan kepada penghuni di kolej kediaman UTHM.  memberi ruang kepada mahasiswa untuk saling berkenalan, beramah mesra dan bertukar idea dari aspek akademik, kokurikulum, kegiatan harian dan sebagainya.

Dr. Che Anuar Che Abdullah menyatakan bahawa lawatan ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk saling berkenalan, beramah mesra dan bertukar idea dari aspek akademik, kokurikulum, kegiatan harian dan sebagainya.   

“Lawatan yang melibatkan pihak Kolej Harun Aminurrashid dan pengurusan Kolej Kediaman Dalam Kampus khususnya Kolej Kediaman Tun Fatimah dapat membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan pengurusan kolej,” ujarnya.

Norrulkamari Daud, Felo Penasihat Program meluahkan rasa bangganya dapat melihat kerjasama antara dua institusi ini dapat berjalan dengan baik.

“Saya berharap hubungan antara pihak KHAR dengan UTHM dapat dijalinkan dengan lebih erat dan memberi manfaat kepada penghuni kedua-dua kolej. Harapan agar pihak pengurusan kolej kediaman UTHM dapat berkunjung ke KHAR di masa akan datang.”

Lawatan Penanda Aras Pemangkin Siswa ini bukan sahaja membantu meluaskan jaringan kolaborasi antara UPSI dengan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia, malah ia juga membantu merapatkan jurang sosial antara dua institusi pengajian tinggi melalui pertukaran idea dan perkongsian ilmu dari pelbagai aspek sekaligus melatih mahasiswa untuk melaksanakan jalinan diplomasi dan jiwa kepimpinan yang berkaliber.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...