BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

PADU menoktahkan kemiskinan negara

303
Usaha membasmi kemiskinan masih diteruskan oleh kerajaan dalam memastikan semua pihak mencapai kesejahteraan hidup. Gambar oleh Glenn Carstens P

Oleh: Dr. Mohd. Khairi Ismail, Prof. Emeritus Dr. Chamhuri Siwar

Pada hari ini, usaha membasmi kemiskinan masih diteruskan oleh kerajaan dalam memastikan semua pihak mencapai kesejahteraan hidup. Menurut sistem pengkalan data Sistem eKasih, 324,764 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin direkodkan sehingga 31 Oktober 2023. Data yang tersebut akan diguna pakai oleh kerajaan dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan. Usaha membasmi kemiskinan ini juga turut dikaitkan dengan isu ketirisan dan kebocoran yang menyebabkan golongan golongan sasar tidak mendapat manfaat yang sepatutnya kerana subsidi tidak sampai kepada mereka.

Selain itu, kerajaan turut memperkasakan pengukuran kemiskinan negara dengan pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index) sejak tahun 2015. Pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ini telah menambah baik pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan sejak awal 1970an. Berbanding PGK, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (IKPD) memerlukan penggambungan data-data yang lebih terperinci seperti pendidikan, kesihatan, taraf hidup dan pendapatan. Penggunaan pengukuran yang terkini dapat mencerminkan keadaan sebenar dan seterusnya membantu negara dalam menoktahkan kemiskinan.

Rententan daripada isu ketirisan dan kebocoran, dan keperluan data yang lebih komprehensif dan dinamik dalam usaha menoktahkan kemiskinan, pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan di negara ini. sistem PADU yang dilancarkan semalam bertujuan menghentikan ketirisan dan kebocoran, sekali gus memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi berkesan. Bagi golongan miskin tegar pula, pemberian subsidi ini dapat membantu untuk meringankan benan mereka dalam usaha mencapai kesejahteraan hidup.

Pengenalan PADU membolehkan maklumat profil individu dapat dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak. Selain itu, PADU juga merupakan sebuah sistem pengkalan digital yang selamat dan komprehensif, yang membantu dalam digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Selain itu, ia adalah pangkalan data sosioekonomi yang menggabungkan maklumat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bertujuan mengelakkan keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.

Agak berbeza dengan sistem-sistem pengkalan data sebelum ini, PADU memudahkan proses pengesahan data dan maklumat individu untuk pelbagai tujuan seperti bantuan kerajaan dan program sosio-ekonomi. Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dalam sistem PADU. Selain itu pengenalan PADU dapat memberi kemudahan kepada individu kerana pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian ataupun secara menual menerusi kaunter-kaunter yang disediakan. Keadaan ini memudahkan individua tau orang ramai untuk memilih medium yang sesuai untuk mengemaskini data peribadi mereka.

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat ini adalah sangat signifikan kepada kerajaan dalam usaha untuk merancang dan melaksanakan segala program berkaitan kemiskinan.

……

Dr. Mohd Khairi Ismail ialah Felo Bersekutu, manakala Dr. Chamhuri Siwar ialah Profesor Adjung di Ungku Aziz Centre for Development Studies, Universiti Malaya. Mereka boleh dihubungi di uacds@um.edu.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...