AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

KPKT berjaya selesaikan 11,361 kes TPPS sepanjang tahun 2023 tangani isu pertikaian perumahan dan pengurusan strata

204

PUTRAJAYA, 30 Januari 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan penyelesaian 11,361 kes di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tahun 2023.

Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini.

Menurut KPKT, jumlah tersebut melibatkan jumlah penyelesaian tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) iaitu 1,331 kes dan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) iaitu 10,030 kes bagi tahun 2023 termasuk kes yang didaftarkan dari tahun sebelumnya.

Dalam sidang media tersebut, YB KM turut memaklumkan bahawa selaras dengan era perkhidmatan Kerajaan Digital pada masa kini, TPPS kini melangkah ke satu peringkat kehadapan melalui pembangunan sistem e-TPS yang telah dilancarkan pada 12 September 2023 yang lalu. Ini kerana sejak TPS mula beroperasi pada tahun 2015, semua pemfailan kes TPS adalah secara fizikal melalui kaunter atau pos sahaja.

“Sejak dilancarkan pada September 2023 dan sehingga Disember 2023, sebanyak 1,500 kes telah difailkan oleh orang awam melalui sistem e-TPS. Ia lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos kerana pemfailan tuntutan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter TPPS.” kata Kor Ming.

Masyarakat awam perlu mengetahui tentang fungsi TPPS sebagai platform untuk mendengar dan mengadili pertikaian berkaitan perumahan dan pengurusan strata.

Justeru, bemula tahun 2023 TPPS telah mengambil inisiatif mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (COB PBT) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai fungsi TPPS secara lebih meluas.

“Dalam sesi tersebut, COB turut menjemput badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan pengurusan (MC) dan pemilik strata yang ingin mengetahui prosedur pemfailan dan bidang kuasa TPPS. Kempen kesedaran awam ini turut
diadakan di kawasan-kawasan perumahan yang baru diserahkan milikan kosong.

Inisiatif ini dilihat sebagai perkembangan yang sangat baik kerana melalui sesi libat urus yang diadakan, pelbagai maklumat dapat dikongsikan kepada masyarakat awam. Justeru, maklumbalas yang diterima secara langsung ini memberi ruang dan peluang kepada TPPS dalam melaksanakan penambahbaikan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.” kata KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...