AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Penyelidik UM terima geran penyelidikan YPOMNM buat kajian pemulihan pesakit strok

426

Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) baru-baru ini telah menyampaikan Geran Insentif YPOMNM Kitar 1 2023 kepada Prof. Madya Dr. Nur Azah Hamzaid dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM). Replika cek geran telah disampaikan oleh Pengasas YPOMNM, Prof. Dato’ Dr. Hj. Jafri Malin Datuk Hj. Abdullah dan Prof. Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli pada sebuah majlis ringkas di The Cube, Fakulti Kejuruteraan UM.

“Bidang kajian saya merangkumi kaedah-kaedah penyelesaian bagi membantu proses pemulihan fizikal yang disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah strok. Untuk geran YPOMNM ini, saya akan memfokuskan kepada kajian mengenai Transcranial Magnetic Stimulation (TMS). Di dalam bidang kajian ini, kita akan melihat sejauh mana penggunaan rangsangan magnet di bahagian otak mampu memberi kesan terhadap proses pemulihan otot pesakit strok, terutamanya otot kaki,” kata Dr. Nur Azah.

Menurut Prof Dato’ Jafri Malin, pemberian geran insentif YPOMNM ini dibuat setiap tahun bagi menggalakkan pelaksanaan penyelidikan dalam apa-apa bidang berkaitan neurosains. “Geran insentif YPOMNM ini kita telah sampaikan kepada penyelidik yang melibatkan pelbagai kajian: dari kajian berkaitan fisiologi otak, sehinggalah kepada kajian berkaitan sosiologi dan bagaimana persekitaran turut memberi kesan terhadap kesejahteraan mental, serta kajian berkaitan rawatan terhadap pesakit strok. Ini selaras dengan objektif penubuhan YPOMNM yang ingin melihat rakyat Malaysia lebih menyedari serta menghargai kepentingan bidang neurosains serta isu yang berkaitan dengannya,” katanya yang juga merupakan Felo Akademi Sains Malaysia.

Dr. Nur Azah yakin pemberian geran ini akan menambahbaik penyelidikannya yang telah pun bermula sejak tahun 2021. “Walaupun jumlah geran insentif ini tidak setinggi geran penyelidikan lain, namun saya percaya ia mampu memberi motivasi kepada kumpulan penyelidik saya meneruskan usaha kami mencari penyelesaian terbaik untuk proses pemulihan pesakit strok,” katanya mengakhiri temubual.

YPOMNM telah ditubuhkan pada tahun 2017 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antara lainnya yayasan ini menyediakan bantuan perkhidmatan dan kewangan, serta mendapatkan dana dan sumbangan bagi para penyelidik yang berminat untuk menjalankan sebarang penyelidikan berkaitan otak, minda dan neurosains.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...