BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan sindiket Bitcoin

218
Kredit Foto : Fb Rasmi JIM

PUTRAJAYA, 20 Januari 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) didalangi oleh warganegara China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Januari 2024 di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin bin Jusoh dalam satu kenyataan hariini, operasi tersebut bermula pada jam 10.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama satu bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis lot perniagaan dan telah berjaya menahan 2 orang lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.

Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua warganegara asing tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. Dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen.” kata Ruslin.

Ujarnya lagi, pasukan operasi telah merampas wang tunai berjumlah RM12,600.00, 30 unit mesin Bitcoin, 2 unit mesin cooler Bitcoin, 2 unit CPU komputer, 1 unit komputer riba dan 2 set peralatan Testing.

Ruslin turut berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menjalankan aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) secara haram dengan menggunakan papan tanda perniagaan tinted kenderaan bagi mengelakkan aktiviti tersebut dihidu oleh pihak berkuasa.

Katanya, sasaran sindiket adalah kepada warganegara China dan penduduk tempatan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan. Bayaran bagi perkhidmatan servis itu dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin.

“Sindiket ini telah beroperasi sejak 6 bulan lalu dan mampu menjana pendapatan sekitar RM100,000.00 sebulan.

Kedua-dua warganegara asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.” kata Ruslin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...