AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

Malaysia tiada masa untuk Mahathir

364

Oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang

Malaysia tidak ada masa untuk Mahathir kerana dia terlalu sibuk dengan masa lampau yang sudah dilupakan sedangkan masa hadapan kita sekarang dengan satu wawasan bersama untuk bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia

Pengasas Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, telah mengkhianati kedua-kedua konsep ini pada minggu ini apabila dia mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia berbangsa India dan China terhadap negara.

Adakah dia cuba mengatakan yang Datuk Seri Samy Vellu, yang ada dalam Kabinetnya semasa pemerintahannya selama 22 tahun, sebagai tidak setia kepada Malaysia?

Adakah Lee San Choon, Ling Liong Sik, Lee Kim Sai, Ting Chew Peh, Lim Ah Lek, Neo Yee Pan, Chong Hon Nyan, Chong Siang Sun, Ng Cheng Kiat, Richard Ho, Lim Keng Yaik, Paul Leong, Ong Kee Hui, Stephen Yong, Law Hieng Ding – yang semuanya pernah berkhidmat dalam Kabinet Mahathir – tidak setia kepada Malaysia?

Perkara ini juga menimbulkan persoalan penting, yang sama ada Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia ini merupakan inisiatif hebat pemerintahan Mahathir atau perkara ini hanya satu penipuan kerana pencipta idea ini sendiri tidak setia terhadap konsep-konsep ini.

Dalam 22 tahun pertama pemerintahannya, atau 22 bulan pemerintahan keduanya, Mahathir tidak pernah mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia.

Malah, dalam satu ucapannya pada tahun 1995, dia mengatakan:

“Ada kerisauan dalam kalangan rakyat yang mereka akan terpaksa melupakan budaya, nilai, dan agama mereka. Perkara ini tidak boleh terjadi, kita percaya yang Bangsa Malaysia adalah jawapannya.”

Jelas sekali, Mahathir menawarkan nasionalisme Melayu dan kepelbagaian kebudayaan sebagai asas pembinaan Bangsa Malaysia.

Berikut adalah apa yang Mahathir katakan mengenai penamatan dasar asimilasi (Majalah TIME, 9 Disember 1996):

Mahathir: “Idea sebelum ini adalah rakyat patut menjadi 100% Melayu untuk dikira sebagai rakyat Malaysia. Kita kini menerima yang negara ini adalah negara yang berbilang kaum. Kita patut membina jambatan dan bukannya cuba untuk menghapuskan sekatan yang memisahkan kita. Kita tidak berniat untuk mengubah semua orang Cina menjadi Islam, dan kita katakan kepada orang kita, orang Islam, ‘kita tidak akan memaksa orang untuk bertukar (masuk Islam)’.”

Tetapi kedua-dua Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia ini menjadi kegagalan, semua sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 gagal dipenuhi, terutamanya cabaran pertama untuk menubuhkan sebuah Bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai satu wawasan yang dikongsi bersama – sebuah negara yang yakin dengan dirinya, terpadu wilayah dan budayanya, yang hidup dalam kerjasama penuh dengan adil.

Malaysia tidak pernah berpecah belah seperti kebelakangan ini, di mana kita ada lima orang Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun, dan di mana isu-isu perkauman, keagamaan, dan isu raja dieksploitasi sepenuhnya dengan bantuan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian di media sosial untuk memecah belah rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, seorang Menteri yang berkhidmat dalam tempoh pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, Rafidah Aziz, menebus semula keadaan ini apabila dia menunjukkan yang Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia merangkumi asal-usul yang pelbagai semua rakyat Malaysia dan tidak ada keperluan untuk rakyat Malaysia mempersoalkan kesetiaan dan cinta kita semua terhadap negara.

Dalam lima tahun yang lepas, hanya ada sedikit sahaja perbincangan mengenai masa hadapan atau visi untuk Malaysia.

Kita perlukan satu wawasan baharu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, bahasa, agama, atau budaya, dan kita perlu pastikan Malaysia dapat bangkit semula untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku abad yang lepas dan bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Malaysia tidak ada masa untuk Mahathir kerana dia kini taksub dengan masa lampau.

Rakyat Malaysia perlu mencari matlamat bersama kita untuk satu wawasan bersama pada masa hadapan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...