AMBM @ MY LNAUTAMA

SPRM meneruskan tugasan dengan cemerlang dalam usaha membebaskan negara daripada rasuah

261

PUTRAJAYA 15 Januari 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya & Perhimpunan Bulanan SPRM Bil.1/2024 untuk kali pertama bagi tahun 2024. Penyampaian amanat telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki.

Menerusi ucapan yang disampaikan, Azam menyatakan warga SPRM telah membuktikan bahawa Suruhanjaya itu kompeten dalam memacu kecemerlangan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Kerajaan telah mengiktiraf dan memandang tinggi prestasi cemerlang SPRM, hasil kerjasama semua pihak membabitkan pelbagai sektor di Suruhanjaya ini membabitkan sektor operasi, pencegahan, pendakwaan, pentadbiran dan akademi secara kolektif.” kata Azam.

Beliau turut berkata, rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tugas SPRM adalah untuk menghapuskannya sehingga menjadikan negara ini bebas rasuah. Justeru warga SPRM perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri bagi membanteras penjenayah ini sekali gus melumpuhkan kegiatan
mereka.

“Pencegahan juga perlu dilakukan dengan lebih berkesan agar tatakelola di agensi-agensi kerajaan dapat dipantau dan dikelola dengan baik bagi menutup ruang serta peluang rasuah.

Justeru, saya menyeru agar seluruh warga SPRM dapat memulakan tahun baharu 2024 ini dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi untuk terus melakar kejayaan dalam bidang tugas masing-masing serta melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.” ujar Azam.

Dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Key Performance Indicator (KPI) SPRM 2024 melibatkan Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri SPRM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...