AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Gubal Akta Penggal Tetap Parlimen Demi Agenda Reformasi & Rakyat

266

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berpandangan bahawa Akta Penggal Tetap Parlimen – Fixed Term Parliament Act (FTPA) adalah diperlukan untuk memastikan penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu 18 Disember 2027. Bersih sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia [1][2].

Namun penggubalan akta tersebut perlu disusuli dengan penggubalan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan – Constituency Development Fund Act (CDF) yang saksama kepada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Ini bagi memastikan hak dan keadilan untuk semua ahli Parlimen dijamin oleh undang-undang.

Bersih berpandangan Akta Penggal Tetap Parlimen ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara yang akan membantu melancarkan usaha reformasi demi kepentingan rakyat.

Akta ini tidak akan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Menerusi akta tersebut, sebarang tatacara membabitkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri di dalam Parlimen berasaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan harus dinyatakan dengan jelas agar sebarang langkah belakang yang bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen tidak lagi berlaku.

Sebagai tambahan kepada Akta ini, pengenalan kepada mekanisme kepercayaan (confidence mechanism) di Dewan Rakyat dengan dua prosedur iaitu Undi Tidak Percaya Berkonstruktif (Constructive Vote of No Confidence) yang hanya membenarkan penyandang Perdana Menteri ditukar sekiranya ada calon PM untuk digantikan dan calon itu disahkan pula dengan mekanisme Undi Pengesahan Kepercayaan (Confirmatory Vote of Confidence).

Bagi menjayakan saranan ini, Bersih menyarankan agar kesemua blok politik untuk bergerak ke hadapan bekerja untuk menambahbaik gerak kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan hentikan permainan politik yang merugikan masa depan negara.

Justeru, tiba masanya pihak Kerajaan dan Pembangkang untuk duduk semeja dan bersepakat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) Reformasi Politik demi kepentingan rakyat.

MOU ini pernah dibuat pada era Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri atas gesaan Bersih yang membolehkan wujudnya Undang-Undang Antilompat Parti.

Bersih berpandangan usaha ini adalah mustahak demi kemajuan negara dan penambahbaikan sistem politik sedia ada yang pasti akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Justeru, Bersih bersedia untuk tampil menjadi perantara antara kerajaan & pembangkang untuk memastikan ianya dijayakan sebaiknya.

Selain Akta Penggal Tetap Parlimen dan Peruntukan Pembangunan Sama Rata, Bersih turut menggesa dirangkul beberapa agenda reformasi lain terutamanya Reformasi Pilihan Raya dan SPR, pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Perkhidmatan Parlimen serta Akta Pembiayaan Dana Politik.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu Bersih

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...