AMBM @ MY LNAUTAMA

FAM beri sumbangan kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya

314

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menyaksikan penyerahan mock cheque dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bernilai RM99,845.00 untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya semalam.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kutipan sumbangan ini adalah hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan
antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang telah berlangsung pada bulan Oktober dan November 2023 yang mana RM 1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung ini.

“Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408.00 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya.

Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff bin Haji Mahadi, Timbalan Presiden FAM dan YBhg. Dato’ Hasnan bin Hj. Yusop, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (PERHILITAN).” kata KBS.

Kolaborasi KBS dan FAM itu menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.

“Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan harimau Malaya.” ujar KBS.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...