AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

273
Sumber foto Fb rasmi PDRM

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset “Mobile Surveillance Unit” (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd.

Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said.

Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP.

Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut.

Seusai itu, Dato’ Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai Polis Pulau Ketam bagi meninjau sendiri laluan-laluan yang digunakan oleh ahli sindiket bagi membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penyeludupan kontraban.

Tinjauan juga dilakukan untuk melihat jeti-jeti haram yang dibina di sekitar lokasi tersebut.

Hadir sama Timbalan Komander (Operasi/Risik) PPM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP Fauzilan Abdul Aziz, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, DSP Hazri Zakaria dan para pegawai kanan PPM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...