AMBM @ MY LNAUTAMA

Kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) sedang dijalankan

320

LOJING, KELANTAN – Satu kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sedang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB).

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan hari ini, produk yang dibangunkan oleh PRSB menggunakan spesifikasi SMA dengan bitumen terubah suai gred PG76 ini, mula diturap setebal 50mm pada 10 Januari 2023 sepanjang 200 meter di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Kelantan.

Kata kanyataan itu, lokasi itu dipilih bagi membuktikan produk mempunyai daya tahan yang tinggi memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan berbukit dan berkenderaan berat. Pemantauan prestasi turapan produk itu bakal berakhir pada 9 Januari 2024.

“Bagi mengetahui prestasi produk ini di tapak kajian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang meninjau sendiri keadaannya dan mendapatkan laporan keberkesanan teknologi tersebut. Turut serta melakukan tinjauan ialah Pengarah Kanan Cawangan Jalan, JKR Malaysia, Dato’ Ir. Ibrahim Esa, Pengarah Kanan JKR CREaTE, Pengarah JKR Negeri Kelantan serta Penasihat, Solusi Teknologi Digital, Teknologi dan Pengkomersilan Kumpulan PETRONAS, Ir. Mohamad Faudzi Mohd Yasir, dan pegawai-pegawai kanan JKR Malaysia.

Berdasarkan laporan dan pemerhatian, produk ini melepasi ujian bahan dan campuran bahan serta menunjukkan prestasi yang baik di tapak sepanjang setahun pemantauan. Secara dasarnya, produk turapan jalan dengan campuran bitumen terubah suai menggunakan bahan buangan plastik tempatan ini, boleh dijadikan bahan alternatif turapan jalan.

Produk ini dijangka mampu mengatasi masalah jalan berlubang serta dapat meningkatkan daya tahan terhadap aluran, selain dapat menyahut seruan kerajaan dalam pembinaan mampan melalui penggunaan bahan terpakai sebagai inovasi dan teknologi baharu dalam pembinaan dan infrastruktur negara.” kata KKR.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...