PUTRAJAYA, 3 Dismeber 2024 – Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju melakukan program Jerayawara (Jelajah) Madani ke negeri-negeri yang akan dimulai di negeri Selangor.
Ini adalah susulan dari program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah diadakan pada Disember lepas.
Menurut Fahmi dalam sidang media di sini hari ini, tarikh pertama program tersebut akan ditentukan dalam masa terdekat.
“Dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bahawa negeri pertama yang akan menjadi hos kepada jelajah ini ialah negeri Selangor dan kita akan umumkan dalam mungkin pada minggu depan, tarikh dan juga lokasi bagi program tersebut.
Ini akan diikuti dengan Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain. In Sha Allah dalam masa terdekat kita akan bentangkan jadual (program) tersebut.” kat Fahmi.
Leave a comment