AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU bantu Kerajaan sediakan ukuran kedudukan sosioekonomi lebih tepat

250
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Majlis Peluncuran PADU. SUmber foto screenshot FB Rasmi Kementerian Ekonomi.

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akand apat membantu Kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dan mengelakkan keciciran berdasarkan pendapatan boleh guna bersih.

Ketika berucap di Majlis Peluncuran PADU di sini hari ini, Rafizi berkata bahawa kaedah tersebut mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah.

“Pendekatan ini juga membolehkan Kerajaan beralih daripada konsep B40, M40 dan T20 tetapi lebih melihat kepada kewajaran pemberian bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.” kata Rafizi.

Berhubung dengan isu keselamatan siber, Rafizi berkata bagi memastikan pengendalian data yang selamat, prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif telah diwujudkan.

Katanya, kerjasama strategik turut diadakan antara Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah kebocoran data serta memastikan perlindungan data peribadi.

“Kerajaan juga turut melantik Kumpulan Pakar Bebas yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang berperanan sebagai semak dan imbang dalam memastikan pembangunan PADU memiliki ciri-ciri keselamatan yang terkini dan terbaik.” ujarnya.

Objektif PADU yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Manakala matlamat PADU adalah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...