AMBanjir @ My LNABM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

Pengurangan ketara jumlah mangsa banjir – NADMA

227

1 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat lima (5) daerah di tiga (3) negeri (Kelantan, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir.

Menurut laporan tersebut, berlaku pengurangan ketara jumlah mangsa kepada 1,122 dalam tempoh 24 jam (berbanding 6,778 mangsa pada 31 Disember 2023).

“Ia melibatkan 331 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 29 buah pada 31 Disember 2023

Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Tumpat, Kelantan (744 mangsa), Pasir Mas, Kelantan (274 mangsa) dan Segamat, Johor (54 mangsa).” kata laporan tersebut.

Kata laporan itu lagi, penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung
sehingga 4 Januari 2024. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...