AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Kajian persempadan semula selepas tamat lat lapan tahun – SPR

277

Berhubung dengan isu persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa Urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagianbahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan (8) tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu, atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini, bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada tahun 2018.

Manakala bagi Negeri Sarawak dan Negeri Sabah pula adalah masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2017.

“Sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YAB Perdana Menteri oleh SPR serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

SPR tidak merancang untuk melaksanakan urusan kajian semula persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Negeri Sabah berikutan lat tempoh yang masih berkuatkuasa. Manakala bagi Negeri Sarawak pula, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.” katanya.

Baru-baru ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengusulkan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperluaskan perbincangan dan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh serta kebimbangan yang berasas berkenaan proses persempadanan semula sebelum proses tersebut dimulakan.

Kata BERSIH, ia penting bagi meredakan kebimbangan kebarangkalian wujudnya persempadanan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...