BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

SPRM tidak pernah keluarkan kenyataan rasmi Tun Daim telah lakukan sebarang kesalahan

158
Sumber Foto FB Rasmi SPRM

PUTRAJAYA 30 Disember 2023 – Berhubung dengan fakta berhubung kenyataan Tun Abdul Daim Zainuddin mengenai siasatan kes beliau, SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat penjelasan bahawa SPRM tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Tun Abdul Daim Zainuddin telah pun melakukan sebarang kesalahan.

Kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini, SPRM telah membuka kertas siasatan pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

“Pada 7 Jun 2023, satu Notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Tun Abdul Daim yang mengkehendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

Tun Abdul Daim telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan telah diberikan lanjutan pada 6 Julai 2023; 10 Ogos 2023; 11 September 2023; 11 Oktober 2023 dan yang terakhir pada 14 November 2023 untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.” kata SPRM.

Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya telah mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham pada 18 Disember 2023, di bawah Seksyen 38 (1), Akta SPRM 2009 (Penyitaan Harta Tak Alih).

Kata SPRM lagi, Tun Abdul Daim disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Walau bagaimanapun, berdasarkan prinsip undang-undang ‘anggapan tidak bersalah’ (presumption of innocence), seseorang yang disiasat adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya, dan individu terlibat mempunyai peluang untuk membersihkan namanya sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah.

Perlu ditegaskan bahawa SPRM merupakan sebuah Suruhanjaya bebas yang bertindak secara profesional mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas.

Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut dan membenarkan siasatan diteruskan tanpa gangguan.” kata SPRM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Pengalaman berharga melalui Program Mobiliti Mahasiswa UPSI di Indonesia.

Setiap perjalanan dan pengembaraan ke sesuatu tempat dapat membuka minda dan perspektif...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

“Ronggeng Melayu” pembuka tirai PST2024

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Zizan Razak Promo Aplikasi Judi? Itu Adalah Manipulasi Guna AI

Oleh JomCheck Terdapat iklan di Facebook (Facebook Ads) dalam bentuk video yang...