BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Cadangan Ngeh Koo Ham satu kekhilafan

248
Sumber foto FB rasmi Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 – Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook (Anthony Loke) menegaskan bahawa kenyataan Dato’ Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut.

Kata Anthony dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah.

“Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.

Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI.” kata Anthony.

Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa kenyataan Dato’ Ngeh akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

“Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI. Masyarakat bukan Islam juga tidak perlu bimbang dalam perkara ini kerana sekiranya sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan hak bukan Islam, ia perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Jemaah Menteri dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen.” ujar Anthony.

Media baru-baru ini melaporkan Koo Ham mengemukakan cadangan tersebut dengan pendapat, ia bagi mengambil kira pandangan bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau dipetik berkata, Perlembagaan Negara dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincang secara menyeluruh.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...