Susulan laporan media baru-baru ini berkaitan pengumuman oleh Petronas bahawa beberapa stesen minyaknya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata isu tersebut telah selesai.
Kata Armizan, isu tersebut telah diselesaikan melalui kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan (MOF) dan Petronas sendiri.
“Petronas akan membuat penghantaran bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Petronas juga telah disyaratkan untuk mengemukakan senarai stesyen-stesyen minyak yang terlibat dengan penghantaran bekalan tambahan untuk membolehkan pemantauan dibuat secara menyeluruh.” jelas Armizan.
Tambah beliau, Petronas telah diminta mengemukakan laporan penuh dan dokumen terperinci punca isu berbangkit.
Leave a comment