Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Menurut satu keyataan dari Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa empat minggu dari sekarang.
“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.” tegas Anwar.
Tabah beliau, erajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.
“Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta.
Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.” katanya.
Leave a comment