BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Kelantan sumbang 0.4% pelaburan E&E di Malaysia setakat September 2023

257
Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 – Berdasarkan kepada pelaburan yang telah diluluskan sehingga September 2023, negeri Kelantan telah menyumbang pelaburan sebanyak 0.4% dalam sektor E&E di Malaysia melalui syarikat Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.7 billion dan telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong ketika menjawab soalan dari Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara hari ini, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai sektor ke semua negeri di Malaysia.

Katanya, strategi promosi pembangunan pelaburan yang MIDA laksanakan adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem sesebuah negeri.

“MIDA sentiasa bekerjasama secara strategik dengan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi melipat gandakan usaha-usaha promosi pelaburan seperti Bahagian Pelaburan Kelantan (Invest Kelantan) dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC). Ini adalah bagi memastikan segala kemudahan infrastruktur dapat disediakan serta membolehkan syarikat boleh beroperasi mengikut perancangan.” kata Chin Tong.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan pusat bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi menarik pelaburan masuk ke Kelantan adalah seperti berikut:

a. Memperkenalkan Pakej Insentif Percukaian Khas kepada pelabur di Negeri Kelantan iaitu pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 15 tahun dan 17 peratus untuk lima tahun selanjutnya. Sebagai insentif tambahan, individu pemastautin bukan warganegara yang memegang jawatan pengurusan kanan bagi syarikat yang diluluskan insentif hanya akan dikenakan kadar cukai rata sebanyak 15%; dan

b. Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta projek pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Timur yang dijangka akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan industri di pantai Timur dengan menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

“Kerajaan akan terus berusaha menarik pelaburan dalam industri E&E melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi menarik pelaburan berkualiti dalam menghasilkan produk E&E bernilai tambah tinggi serta menggalakkan penggunaan teknologi dan digital dalam proses dan operasi yang patuh ESG.” ujar Chin Tong.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...