AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

KPN, Timbalan KPN Penuhi Undangan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

216

Sumber : Facebook Rasmi PDRM

Cheras, 10 Disember 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi hadir memenuhi undangan ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan dekat Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Program yang dianjurkan bersempena setahun usia pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 Disember lalu dan secara rasmi melabuhkan tirainya pada hari ini dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Antara objektif penganjuran program tersebut ialah bagi mendekatkan lagi Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dengan rakyat, disamping memaklumkan secara terus kejayaan-kejayaan yang telah ditempa oleh negara sepanjang setahun pimpinan Kerajaan MADANI.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Kementerian Dalam Negeri juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program tersebut dengan membuka ruang pameran dan kaunter diskaun saman sehingga 50% terhadap kesalahan-kesalahan jalan raya terpilih.

Amat tidak dinafikan, kaunter diskaun pembayaran saman trafik PDRM telah menjadi antara ruang pameran yang paling hangat mendapat sambutan, apabila berjaya menyelesaikan lebih 37,000 saman trafik hanya dalam tempoh dua hari penganjurannya.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin bersama Dato’ Sri Ayob Khan yang tiba di perkarangan stadium sekitar jam 2.00 petang tadi turut berkesempatan meninjau para petugas di kaunter diskaun pembayaran saman trafik disamping beramah mesra dan menyantuni orang ramai yang berpusu-pusu hadir di hari terakhir.

Hadir sama, isteri PM merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Seri Dr. Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan PM merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, barisan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan Persekutuan.

Yang turut hadir mengiringi KPN tadi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...