Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

KPDN optimis misi perdagangan ke Kemboja bawa hasil pulangan pelaburan ke negara

314

PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu Misi Perdagangan Francais Ke Phnom Penh, Kemboja Bagi Program Franchise Malaysia In Phnom Penh, Cambodia yang diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2023.

Ia diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Dato’ Rohaizi Bahari. turut hadir bersama adalah Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric Yeo. Selain wakil daripada KPDN, delegasi itu turut disertai oleh wakil Persatuan Francais Malaysia (MFA), MATRADE dan 5 syarikat francais terkemuka tempatan seperti Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan MyeongDong Topokki.

“KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 70 jenama di 80 buah negara.

Misi Francais Malaysia di Phnom Penh, Kemboja merupakan platform terbaik untuk usahawan-usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan francais ke pasaran strategik di rantau ASEAN.” kata KPDN.

KPDN turut optimis bahawa syarikat-syarikat yang menyertai Misi Perdagangan ke Phnom Penh, Kemboja akan mendapat hasil bagi pulangan pelaburan kepada negara. Katanya ia adalah selaras dengan sasaran potensi pelaburan yang ditetapkan sebanyak RM29 juta bagi kesemua 5 syarikat yang menyertai misi perdagangan tersebut.

Tambah KPDN, di dalam rangka program kerja misi perdagangan itu juga, Dato’ Rohaizi Bahari dijadual mengadakan kunjungan kehormat ke atas Menteri Perdagangan Kemboja dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan, Kementerian Perdagangan Kemboja.

“Di antara perkara yang dibincangkan adalah perkara berkaitan kerjasama dua hala di pelbagai bidang di Kementerian
masing-masing. Selain itu, delegasi Malaysia turut mengadakan beberapa program kerja seperti pertemuan dengan pihak syarikat Chip Mong Group dan lawatan ke cawangan jenama francais Malaysia yang telah menembusi pasaran Kemboja iaitu Tealive.” ujar KPDN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...