BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Walkabout Menteri MOTAC sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023

472
Kredit Foto FB Rasmi Kraftangan Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Disember 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) mengadakan Walkabout Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023.

Sempena Walkabout ini, Tiong King Sing turut melancarkan Jualan Rahmah Batik dengan harga serendah RM100.00 yang merangkumi produk batik seperti kemeja lelaki, kain pasang, blaus, kardigan dan banyak lagi. Tujuan utama Jualan Rahmah Batik tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai memiliki batik pada harga mampu milik.

Beliau turut berkesempatan bertemu dengan usahawan kraf yang terlibat dengan aktiviti Jualan Kraf Batik dan turut meluangkan masa mewarna batik bersama-sama peserta aktiviti interaktif kraf.

Antara pengisian aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 adalah Jualan Kraf Batik, Jualan Rahmah Batik, Pameran Kraf, Interaktif Kraf, Zumbatik dan Persembahan Kesenian.

Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 juga turut dijalankan serentak di semua cawangan Negeri Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Langkawi.

Ia juga turut diadakan di pusat beli belah seperti AEON Mall Manjung (Perak), KB Mall (Kelantan), One Borneo Kota Kinabalu (Sabah) dan Freeport A’Famosa Outlet (Melaka). Aktiviti di peringkat negeri melibatkan Jualan Rahmah Batik, Pameran, Demonstrasi Kraf Batik, Interaktif Kraf dan Jom Membatik.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...