AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

JSPT kekal komited jalankan fungsi dan peranan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta keselamatan jalan raya – KPN

405
Kredit Foto : FB Rasmi PDRM

Sumber : FB Rasmi PDRM

Kuala Lumpur, 23 November 2023 – Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kekal komited menjalankan fungsi dan peranan utamanya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan jalan raya serta terus konsisten melaksanakan penguatkuasaan selari dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, menerusi Pelan yang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan tersebut, pelbagai kementerian serta agensi yang berkepentingan, termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama merencana perancangan strategik dan langkah intervensi sekali gus mencapai hasrat ke arah sifar kematian akibat kemalangan di negara ini.

“JSPT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan-kenderaan berat bagi memastikan pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan, mematuhi peraturan serta undang-undang keselamatan jalan raya.

“Dari Januari hingga Oktober 2023, JSPT telah melaksanakan sebanyak 1,078 Op Perdagangan berbanding 797 operasi dalam tempoh yang sama pada tahun 2022. JSPT juga telah meningkatkan penguatkuasaan dengan melakukan pemeriksaan bermula 20 September 2023 hingga 14 November 2023.

“Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 135,193 buah kenderaan telah diperiksa dengan 21,200 saman telah dikeluarkan melibatkan 109 tangkapan,” ujar beliau semasa berucap dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2023 anjuran JSPT di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Tan Sri Razarudin juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh warga Jabatan JSPT atas kejayaan memenangi Kategori Penambahbaikan di Majlis Persada Inovasi Peringkat PDRM Tahun 2023 dan mendapat tempat pertama secara bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2023 melalui Aplikasi portal MyBayar PDRM.

Selain itu, JSPT turut mengambil inisiatif dalam melaksanakan pembekalan dokumen kes kemalangan meliputi keputusan kes, rajah kasar dan gambar kemalangan yang boleh diakses oleh pengadu secara atas talian melalui aplikasi MyBayar PDRM untuk memudahkan proses tuntutan dengan pihak insurans kenderaan.

Turut berlangsung dalam majlis tadi ialah penyampaian Sijil Penghargaan kepada 27 pegawai polis dan pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Turut diberi penghargaan tadi ialah sembilan pengerusi perumahan PDRM yang telah berjaya mendapat Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM bagi tahun 2022 bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis oleh Tan Sri Razarudin.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSPT selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta sebahagian warga kerja Bukit Aman.

(Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...