Home MY LNA Bernama Petronas Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Membangunkan Glosari ESG dalam Bahasa Melayu
BernamaESG @ My LNAMY LNAUTAMA

Petronas Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Membangunkan Glosari ESG dalam Bahasa Melayu

Dari kiri: Pengurus Besar Pengurusan Komunikasi PETRONAS, M Fazli Ibrahim; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah DBP, Dato’ Dr Mohd Anwar Ridhwan dan Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — PETRONAS bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bekerjasama untuk membangunkan glosari istilah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam bahasa Melayu.
 
Wakil-wakil PETRONAS, DBP, ahli akademik, badan-badan kerajaan dan industri minyak dan gas akan berpadu tenaga melaksanakan projek selama dua tahun ini yang akan melibatkan penyusunan sehingga 1,000 istilah untuk menyumbang kepada komunikasi berkaitan ESG dalam bahasa Melayu.
 
Satu perjanjian kerjasama dimetrai baru-baru ini antara kedua-dua belah pihak, disaksikan oleh Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anwar Ridhwan.
 
Mohd Bakke berkata inisiatif ini penting untuk penyampaian mesej yang jelas tentang topik kemampanan dan perubahan iklim sejajar dengan peningkatan tuntutan untuk ketelusan dan pelaporan tentang ESG.
 
“Kemunculan istilah baharu yang selaras dengan kemajuan dalam sektor tenaga penting untuk keperluan komunikasi penggiat industri, institusi pendidikan tinggi dan masyarakat awam. Pengukuhan perbendaharaan kata tersebut mampu menjadi pemangkin penguasaan ilmu dalam bidang berkaitan ESG,” tambah beliau.
 
Mohd Anwar berkata DBP mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu dan industri.
 
“DBP amat berbesar hati kerana buat julung-julung kalinya dapat bekerjasama dengan PETRONAS. Perjanjian kerjasama ini menjadi detik bersejarah dan titik permulaan untuk menjalinkan hubungan strategik serta persefahaman yang lebih erat antara DBP dengan PETRONAS melalui pelaksanaan pelbagai program,” tambah beliau.
 
Perjanjian kerjasama itu adalah bukti komitmen PETRONAS dan DBP dalam meningkatkan komunikasi ESG untuk keterangkuman dan jangkauan nasional.
 
Setelah selesai, glosari ESG ini akan ditempatkan di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk kegunaan umum.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Their quality of life depends on their oral health

By: Dr. Nur Fauziani Zainul Abidin  As we observe World AIDS Day,...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Reduce stunting in children by empowering mothers

By: Dr. Romi Bhakti Hartarto Child malnutrition has become a primary concern...