AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

10 Orang Pegawai Penguat Kuasa Maritim dinaikkan ke Pangkat Kepten

687

PUTRAJAYA, 21 November – Seramai 10 orang pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kenaikan pangkat daripada Komander Maritim kepada Kepten Maritim gred T22 hari ini.

Satu majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Masing-masing pegawai yang menerima kenaikan pangkat berkenaan akan mengisi kekosongan jawatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan zon maritim. Antaranya ialah Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, daripada Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), akan mengisi jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Selangor.

Daripada 10 orang pegawai berkenaan, dua daripadanya merupakan penerbang iaitu Kepten Maritim Mohd Ikmal bin Ridzuan yang merupakan Ketua Skuadron Helikopter AW139, Stesen Udara Maritim Subang akan ditempatkan mengisi jawatan sebagai Ketua Stesen Udara Maritim Subang.

Manakala seorang lagi penerbang, Kepten Maritim Mohammad Al-Amin bin Hashim daripada Seksyen Rancang Operasi, Cawangan Operasi, Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan Dasar Perancangan dan Penerbangan, Bahagian Operasi Udara, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Sempena kenaikan pangkat ini juga, dua daripada pegawai berkenaan akan ditempatkan sebagai Pengarah Zon Maritim iaitu Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan (Bintulu) dan Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros (Labuan).

Lima lagi pegawai penguat kuasa maritim yang menerima kenaikan pangkat ialah Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari bin Ahmad Omar daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Ibu Pejabat ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Pegawai berikutnya adalah Kepten Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim daripada Cawangan Jenayah Komersial dan Alam Sekitar, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, akan mengisi jawatan sebagai Ketua, Cawangan CARILAMAT, Bahagian
CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Manakala Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Komander Pasukan STAR Team, dinaikkan pangkat dan ditempatkan di jawatan yang sama.

Selain itu Kepten Maritim Razali bin Kasim, Ketua Cawangan PSMM dan PASKAM, Bahagian Sumber Manusia akan bertugas di Cawangan Operasi Risik, Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia dan Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor akan mengisi jawatan sebagai Ketua Cawangan C4ISR, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...