AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAUTAMA

KPK sumbang RM850,566.23 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam

374
Sumber Foto Facebook Rasmi TPM 2

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof hari ini menerima sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin berjumlah RM850,566.23 daripada warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi-agensi dibawah KPK sebagai tanda menyokong misi kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Sumbangan yang diselaraskan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPK ini melibatkan hasil kutipan daripada seluruh warga Kementerian dan agensi di bawah Kementerian. Selain wang tunai, KPK melalui Majlis Getah Malaysia turut menyumbang 100,000 sarung tangan getah yang akan disumbangkan kepada Pasukan Perubatan di Semenanjung
Gaza.

Inisiatif kutipan sumbangan ini merupakan tanda sokongan KPK mendukung inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Dato’ Seri Tan Sri Mohd Zuki bin Ali pada 24 Oktober yang lalu.

KPK sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi kemanusiaan sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin.

Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPK, Datuk Siti Aminah Binti Aching, Ketua Setiausaha KPK, Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli dan pegawai-pegawai Kementerian dan agensi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...