AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium

348

ARAU, 7 NOVEMBER 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited untuk meningkatkan peratus graduan memperolehi gaji premium.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini.

“Bagi memastikan ianya dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksana antaranya menyediakan kurikulum berpacukan industri, merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi, kerjasama merentas kementerian juga agensi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan,”katanya.

Tambah beliau, POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 buah Politeknik dan 105 buah Kolej Komuniti dengan meliputi seramai 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar di seluruh negara juga merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu sebanyak 40 peratus di pelbagai sektor. 

“Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti bagi sebuah negara dalam acuan Malaysia MADANI, yang menepati keperluan industri di peringkat nasional dan global,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata akses ke TVET telah diperluas dengan memperkenalkan program baharu iaitu Asasi TVET sebagai laluan ke universiti teknikal di Malaysia dimana Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) yang juga merupakan antara lima politeknik yang turut menawarkan program sama pada ketika ini telah menerima seramai 86 pelajar yang mengikuti program tersebut.

“POLYCC juga telah memperluaskan akses kepada golongan komuniti rentan dengan penawaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan membuka ruang kepada pelajar tahfiz untuk mengikuti Program Tahfiz TVET,” ujarnya lagi.

Menyentuh berkaitan kadar kebolehpasaran graduan di Politeknik dan Kolej Komuniti pada ketika ini, beliau menyatakan bahawa kadar kebolehpasaran graduan seluruh Politeknik Malaysia pada tahun 2022 telah mencatatkan peratusan 95.32 peratus manakala di Kolej Komuniti pula menunjukkan peratusan sebanyak 96.99 peratus.

“Hasilnya, POLYCC berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduan 90 peratus sepanjang tiga (3) tahun berturut-turut. Ini menunjukkan pencapaian bagi permintaan pasaran kerja terhadap graduan adalah tinggi dan berterusan.”

Beliau ditemui ketika berucap pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen Ke-15 PTSS, disini. Majlis konvokesyen ini meraikan seramai 2,081 graduan terdiri daripada lulusan Diploma dan Sijil daripada pelbagai bidang yang menamatkan pengajian bagi tahun 2021, 2022 dan 2023 disamping penyampaian empat anugerah utama pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...