AMBM @ MY LNAUTAMA

Timbalan KPN Dianugerahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari

614
Kredit Foto : PDRM

KUALA KANGSAR, 5 November 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’ Seri Panglima’ di Istana Iskandariah, Perak di sini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak itu diadakan bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut berangkat ke istiadat yang sama pagi tadi, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman tidak ketinggalan hadir menyaksikan istiadat tersebut seawal jam 7.45 pagi.

Dalam istiadat yang berlangsung, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran S.P.T.S. kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman. Manakala Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Supramaniam Ramasamy dianugerahkan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’ Pahlawan’.

Seramai 25 penerima darjah dan pingat pada sesi pertama yang merangkumi Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (2), Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (1), Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (14), Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (4) dan Anugerah Seniman Diraja (1).

Penganugerahan bagi sesi kedua bakal diadakan pada 18 November depan.

Yang turut hadir, para Pembesar Negeri Perak, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj.Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli dan Jabatan Penerangan Negeri Perak

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...