AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN akan laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023

303
Kredit Foto UKK KPDN

BERANANG, 6 November 2023 – Menjelang sambutan perayaan Deepavali 2023 pada 12 November 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 berkuatkuasa dari 9 November hingga 15 November 2023.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu siaran media hari ini, tempoh pelaksanaan adalah selama 7 hari iaitu 3 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 3 hari selepas perayaan.

Katanya, selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, KPDN telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah Skim ini. Barangan yang terlibat di bawah Skim adalah:

i. Bawang merah besar import;
ii. Bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros;
iii. Cili merah;
iv. Daging kambing biri-biri bertulang import;
v. Kacang dal (Australia);
vi. Kelapa biji (Harga maksimum di peringkat borong sahaja); vii. Kelapa parut (Harga maksimum di peringkat runcit sahaja); dan
viii. Tomato.

“Tempoh pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi menjamin kestabilan harga kepada kedua-dua pihak sama ada di peringkat pengguna mahupun peniaga.

Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor permintaan serta penawaran, kos semasa, cuaca, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan faktorfaktor luaran seperti ekonomi global.

Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain industri.” kata Armizan.

SHMMP Deepavali 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov.my.

Tambah Armizan, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan bagi menjalankan penguatkuasaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak beretika.

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.” tegas beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...