AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN tambah Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Labuan

555

BEAUFORT, 5 November 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan RAHMAH pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus.

Katanya, pendekatan itu diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan. Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat.

“Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara penetapan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November 2023. Langkah penetapan harga kawalan sementara berkenaan dilaksanakan bermula bulan Februari 2022 disebabkan harga yang terlalu tinggi pada masa tersebut yang melibatkan pemberian subsidi kepada penternak.” kata Armizan dalam satu siaran media hari ini.

Untuk rekod, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 November 2023 bagi Negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12.00/kg bagi Pantai Barat dan RM12.30/kg bagi Pantai Timur.

Kata Armizan, di Sarawak, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut daerah dengan kadar di antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan adalah RM12.30/kg.

“Dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara bermula 1 November 2023, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian setakat 4 November 2023 di pelbagai premis di seluruh negara.

Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah di antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg. Di Sarawak penawaran harga di pasaran adalah di antara RM8.90/kg hingga RM18.90/kg. Sementara itu, harga ayam super di pasaran Labuan adalah di antara RM9.00/kg hingga RM13.90/kg.” jelas Armizan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...