AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

KEMAS catat dua rekod Malaysia Book of Records

323

SHAH ALAM, 3 November – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cipta 2 Malaysia Book of Records di Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor bermula semalam.

Program Arkitek Cilik KEMAS bersama Agola mencipta rekod “Largest Children Participation In A Building Block Event” dengan melibatkan 3,000 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS manakala Selawat Perdana mencipta rekod “Largest Children Participation In A Selawat Recital” dengan penglibatan 2,000 kanak-kanak TABIKA KEMAS.

Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan kali ke-18 dengan tema ‘Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni’ bertujuan mencungkil bakat dan minat, memupuk nilai murni, membentuk keyakinan diri, kreativiti dan estetika serta menghargai warisan budaya dalam kalangan kanak-kanak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pendidikan Awal Kanak-Kanak terus diberi perhatian kerajaan menerusi belanjawan 2024, apabila sebanyak RM586 juta akan diperuntukkan kepada KEMAS bagi menaik taraf premis KEMAS, pembinaan TABIKA dan TASKA baharu serta pelaksanaan Program PraTahfiz KEMAS dengan sasaran melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang tahun 2026.

Hari POTENSI TABIKA KEMAS mula dilaksanakan pada RMKe-6 iaitu bermula 1991, diikuti 1997, 2002 dan 2004. Hari POTENSI dijadikan aktiviti ko-kurikulum TABIKA yang dilaksanakan secara tahunan dan melibatkan 3 peringkat iaitu Daerah/ Parlimen, Negeri dan Kebangsaan.

Bagi Acara Bakat melibatkan pertandingan Bilal Cilik, Ustazah Junior, Pidato, Story Telling, Tarian, dan Digital Hero.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...