AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Jenama ReDI akan terus diperluaskan

411

LANGKAWI, 4 November 2023 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melepaskan (flag off) peserta-peserta Program Retail Digitalisation Initiative – ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital yang diadakan di ruang legar PARKROYAL Langkawi Resort, Pulau Langkawi, Kedah hari ini.

Menurut Fuziah menerusi satu siaran media, program tersebut adalah merupakan kesinambungan kepada siri program-program ReDI yang terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2021 bertujuan untuk menggalakkan digitalisasi di kalangan peniaga dan pengguna di Malaysia.

Katanya lagi, ia juga adalah selari dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif dan berdaya saing.

“Bagi tempoh Januari sehingga 30 September 2023, Program ReDI telah berjaya mendaftarkan (onboarding) sejumlah 4,898 peniaga di bawah kaedah pembayaran elektronik (e-wallet). Manakala sejak program ini bermula pada tahun 2021, program ini telah berjaya mendaftarkan sejumlah 13,377 peniaga di seluruh negara.

Peningkatan jumlah penyertaan ini memberikan gambaran yang positif bahawa rakyat Malaysia telah bersedia untuk menerima perubahan daripada kaedah pembayaran tradisional kepada kaedah pembayaran elektronik yang terbukti lebih efisien dan sistematik.” kata Fuziah.

Tambah beliau, berbeza dengan program-program yang dilaksanakan sebelum ini, Program ReDI 6 Hours Challenge pada kali ini dibawakan dalam format baharu yang lebih santai dan menyeronokkan namun mampu memberikan hasil yang lebih signifikan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

“Dalam cabaran ini, peserta dikehendaki untuk melaksanakan aktiviti advokasi dan promosi mengenai kaedah pembayaran elektronik kepada peniaga dalam tempoh 6 jam dan kumpulan dengan penyertaan perniagaan dalam kaedah pembayaran elektronik yang paling tinggi akan dinobatkan sebagai juara.” katanya.

Program ReDI 6 Hours Challenge Rakyat Digital Siri Pertama : Peringkat Awal telah dilaksanakan di WP Labuan pada 22-23 September 2023 yang lalu dan di Pulau Langkawi pada kali ini adalah merupakan cabaran peringkat akhir yang melibatkan penyertaan dari 16 kumpulan yang mewakili pejabat KPDN negeri di seluruh negara.

“Program ReDI tidak akan terhenti di sini sahaja. Jenama ReDI akan terus dikembangkan dengan lebih meluas pada tahun 2024 dengan pelaksanaan lebih banyak inisiatif baru seperti program ReDI Plus dan ReDI Referral yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai kumpulan sasar di luar sana.

Kementerian berharap, sinergi strategik Program ReDI dengan pemainpemain industri peruncitan akan terus diperkukuhkan dalam inisiatif-inisiatif lain yang akan datang seperti Inisiatif Pasar RAHMAH dan Gaya Hidup RAHMAH yang akan diperkenalkan pada tahun 2024.” kata Fuziah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...