BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNAUTAMA

Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup 2023

428

22 Oktober 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui agensinya Jabatan Warisan Negara (JWN), menganjurkan Festival Warisan Kebangsaan Orang Hidup yang julung kali diadakan dengan kerjasama strategik
Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Festival ini diadakan bersempena dengan Festival Merakyatkan Seni Budaya: Warisan Akar Umbi.

Festival dua hari yang bemula semalam ini diadakan di sepanjang Jalan Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang, memperkenalkan tokoh-tokoh dalam bidang seni, budaya dan warisan yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Sehingga tahun 2023, JWN telah mengisytiharkan seramai 27 penggiat seni dalam pelbagai bidang warisan kebudayaan tidak ketara sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) termasuklah dalam bidang bangsawan, cerita rakyat, tarian, muzik, teater, seni halus dan kraf. Ini selaras dengan Seksyen 67 (1) Akta 645 yang mana Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya boleh mengisytiharkan mana-mana orang hidup sebagai Warisan Kebangsaan.

Penggiat seni yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan haruslah mampu untuk mendidik, mengembangkan dan memperkayakan bidang seni budaya yang berkaitan dengan warisan kebudayaan Malaysia, mempunyai ketokohan dan
keunikan yang jarang ada pada individu lain serta mempunyai hubungan sosial dan kebudayaan yang baik dengan masyarakat tempatan.

Festival ini diadakan selaras dengan komitmen kerajaan terutamanya MOTAC yang merupakan “penjaga” atau “custodian” khazanah warisan negara. Selain untuk memperkenalkan WAKOH kepada masyarakat sehingga ke akar umbi, festival ini juga diadakan bagi menghargai sumbangan mereka dalam memartabatkan seni, budaya dan warisan negara sehingga kini.

Kerajaan Perpaduan memberi sokongan penuh memartabatkan sektor seni, kebudayaan dan warisan melalui Belanjawan 2024 dengan memberi peruntukan sejumlah RM 80 juta bagi menyokong perkembangan pesat yang meliputi aktiviti memulihara dan memelihara kesenian warisan negara. MOTAC melalui JWN percaya bahawa pendekatan-pendekatan ini akan dapat mengekang masalah kepupusan warisan seni dan budaya negara.

Tarikan utama festival ini adalah persembahan khas 14 orang WAKOH dari seluruh Malaysia dalam pelbagai bidang. Persembahan khas ini menampilkan WAKOH dalam bentuk persembahan berprestij yang disuntik dengan aplikasi lakonan, tarian, artistik, animasi dan muzikal yang sudah pasti dapat meninggalkan kesan kepada semua penonton memandangkan tidak pernah diadakan satu program yang menggabungkan semua WAKOH dalam satu persembahan atau pentas.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sempena festival ini, antaranya pameran dan jualan produk warisan, demonstrasi kraf dan makanan warisan, pertandingan boria dan melukis doodle art peringkat sekolah, WAKOH Corner yang melibatkan sesi perkongsian bersama WAKOH dengan generasi muda, persembahan kebudayaan dan perarakan Chingay bersama komuniti setempat pelbagai etnik.

Festival ini mensasarkan penyertaan seramai 5,000 orang pengunjung yang membanjiri kawasan sekitar Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang iaitu merupakan Tapak Warisan Dunia, UNESCO semenjak 7 Julai 2008.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...