AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Port Klang

391

PUTRAJAYA, 20 OKTOBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu (1) serbuan di sebuah premis tanpa nama di Taman Pandamaran Permai, Port Klang, Selangor pada 19 Oktober 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Armizan Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya dan Selangor itu bermula kira-kira jam 2.30 petang adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum operasi dilancarkan.

Armizan berkata bahawa hasil pemeriksaan ke atas lokasi serbuan itu mendapati premis tersebut berkunci dan tidak berpenghuni. Pasukan serbuan telah bertindak memecah masuk premis tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan telah menemukan lapan (8) buah tong jenis IBC (Intermediate Bulk Container) yang mengandungi minyak masak dan 250 kotak minyak masak paket 1kg bersubsidi jenama Cap SR Hijauan dan Cap Kebarung selain beberapa plastik minyak masak paket 1kg yang telah dipotong bungkusannya.

Kesemua minyak masak sebanyak 11,050 kg serta beberapa peralatan yang digunakan seperti pam penyedut minyak, hos getah, pelantar besi, gunting dan beberapa dokumen perniagaan lain telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai
keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,545.00.” kata Armizan.

Tambahnya, KPDN percaya modus operandi sindiket itu adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi dan disimpan di stor berkenaan. Minyak masak paket 1kg berkenaan seterusnya akan dipotong dan dipindahkan ke dalam tangki IBC serta dibotolkan semula sebelum dijual mengikut harga terkini pasaran minyak masak bukan bersubsidi.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat di bawah Subseksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu memindahkan, membenarkan artikel dikawal iaitu minyak masak untuk dikeluarkan atau membenarkan artikel disimpan di mana-mana premis yang tidak berlesen atau diberikan kelulusan oleh Pengawal untuk penyimpanan dan Peraturan 3 – Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan berjadual iaitu minyak masak tanpa lesen.

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta 122 ini dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi
RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).

“Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613] iaitu kesalahan
pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak
masak.

Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram
atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.

Siasatan menyeluruh juga akan dilakukan untuk mengenalpasti individu/syarikat dan rantaian pengedaran minyak masak yang terlibat serta memastikan mereka dikenakan tindakan yang tegas termasuklah mendakwa di Mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 122 dan Akta 613.” kata Armizan.

Beliau turun menyarankan kepada masyarakat untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mengakibatkan impak negatif kepada rakyat dan Negara.

“KPDN juga sentiasa menggerakkan anggota penguat kuasa di lapangan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan serta pemantauan bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibendung daripada terus berleluasa.” ujar Armizan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...