BM @ MY LNAEkonomi @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Pemeriksaan OPS JAMIN kembalikan keyakinan rakyat kepada Kementerian

429
Foto-foto kredit UKK KPDN

SELANGOR 17 Oktober 2023 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melaksanakan pemeriksaan OPS JAMIN di Pasar Raya Super Seven, Cheras Jaya, Selangor hari ini.

Ia bertujuan bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat runcit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya.

KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN mulai 7 Julai lepas bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna.

Kata Fuziah, pada masa yang sama, pemeriksaan OPS JAMIN adalah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kementerian.

“Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pengilang hingga ke peringkat peruncit.

KPDN memberi jaminan akan terus membantu KPKM dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara. Pada masa yang sama akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).” kata Fuziah

Tambah beliau, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

i. Individu: boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
ii. Syarikat: boleh didenda sehingga RM250,000.00.

Selain itu, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] iaitu memberi gambaran yang mengelirukan mengenai harga apa-apa barang atau perkhidmatan juga boleh diambil ke atas pihak yang terlibat dan dikenakan penalti seperti berikut:

i. Individu: boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama atau didenda oleh mahkamah sehingga RM250,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya; dan
ii. Syarikat: boleh didenda sehingga RM250,000.00 bagi kesalahan pertama atau didenda sehingga RM500,000.00 bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya.

“KPDN juga menguatkuasakan Akta Timbang Dan Sukat 1972 [Akta 71] dan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang berkaitan alat timbang dan sukat melibatkan padi dan beras, tindakan juga boleh diambil ke atas pihak yang
terlibat di bawah Akta tersebut. Penalti adalah berdasarkan kepada kesalahankesalahan yang disabitkan.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN bermula 7 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023, sebanyak 31,100 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4 kes telah diambil ke atas peniaga kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, 4 kes melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 dan 2 kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 menjadikan 10 kes secara keseluruhannya telah diambil tindakan oleh KPDN. Manakala sebanyak 331 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.

KPDN komited melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan beras di seluruh negara di samping barangan keperluan harian lain serta menggalakkan pengguna untuk menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan dengan menyalurkan maklumat dan aduan yang lengkap berhubung ketidakpatuhan ke atas undangundang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian.” kata Fuziah.

Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan itu adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) KPDN dan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...