AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

BAJET 2024 : Maritim Malaysia Zahirkan Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Perdana Menteri Umum Sembilan Kapal Peronda Generasi Baharu

386

PUTRAJAYA, 13 Oktober 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim kerana telah mengumumkan penambahan sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas kepada agensi ini ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen Malaysia hari ini.

Aset yang bakal ditambah ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan sempadan dan perairan negara bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, pengumuman berkenaan adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail yang memberikan justifikasi yang kukuh tentang keperluan mendesak agensi ini kepada pihak kerajaan seterusnya mengumumkan perancangan perolehan berkenaan pada hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan, penambahan aset ini adalah tepat pada masanya kerana keupayaan aset Maritim Malaysia yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar termasuk menjaga keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

Saiful Lizan turut berkata, aset seperti bot dan kapal sedia ada telah usang dan ianya sukar diselenggarakan dengan baik yang boleh mengakibatkan kerosakan lebih besar selain bakal mengundang risiko terhadap keselamatan pegawai serta anggota yang bertugas.

Beliau berharap melalui peruntukan Belanjawan MADANI yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ ini, dapat melengkapi keperluan agensi secara berfasa seterusnya menambahkan kepercayaan masyarakat tentang keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat seiring dengan Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan sosial dan Keyakinan kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...