BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPertahanan @ My LNA

LCS : Maklumbalas awal Mindef terhadap laporan PAC

257
Screenshot laporan media yang dirujuk oleh MINDEF

10 Oktober 2023 – Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk “PAC kecam MINDEF meterai perjanjian LCS
tanpa persetujuan AGC” semalam, Kementerian Pertahanan (MINDEF) ingin menarik perhatian kepada beberapa rumusan yang terkandung di dalam laporan berkaitan.

Menurut MINDEF dalam satu kenyataan hari ini, berkaitan dengan rumusan pertama menyatakan tiada kemajuan pembinaan LCS sejak lawatan PAC ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan PAC ke-15 pada 10 Jun 2023, ia adalah kerana perancangan penerusan projek LCS yang diluluskan oleh Kerajaan pada 19 April 2023 antaranya kerja pembinaan bermula pada September 2023 setelah tempoh mobilisasi pembinaan semula selama 3 bulan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).

“MINDEF juga ingin merujuk kepada rumusan 8 dan 9 di dalam laporan yang sama di mana dinyatakan Perjanjian Tambahan Keenam atau SA6 bagi projek LCS ini tidak mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan MINDEF membelakangkan AGC dalam menandatangani SA6. MINDEF ngin menegaskan bahawa pihak AGC sentiasa dilibatkan dan telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam proses memuktamadkan draf SA6 ini.

Untuk makluman, MINDEF termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), BNSSB dan AGC telah melaksanakan beberapa siri perbincangan serta mesyuarat berkaitan draf SA6 sejak April 2023, iaitu selepas keputusan halatuju projek diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 19 April 2023.” kata MINDEF.

Hasil daripada kesemua libat urus ini, MINDEF telah menerima ulasan AGC melalui surat bertarikh 24 Mei 2023 di mana empat (4) perkara utama telah dibangkitkan iaitu (1) Progress Payment Plan, (2) Integrated Logistic Support (ILS), (3) Detailed Design dan (4) Liquidated Ascertained Damages (LAD), bersama-sama cadangan pindaan yang lain.

“MINDEF telah mengambil kira kesemua perkara ini dan pindaan berkaitan telah dibuat sewajarnya. Justeru itu, SA6 ini telah ditandatangani setelah mengambil kira ulasan AGC dan juga pandangan laporan PAC terdahulu serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...