BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia teroka Keunikan Produk Pelancongan Luar Bandar di Sabah

326

KOTA KINABALU, 2 Oktober 2023 – Seramai 16 wakil media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu menyertai Program Xpresi Cuti-Cuti Malaysia Sabah 2023 anjuran Tourism Malaysia selama lima hari empat malam (5H4M) bermula 25 September 2023 bagi mengetengahkan keunikan produk pelancongan luar bandar di Negeri Di Bawah Bayu.

Program bertujuan meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik secara dalam dan luar talian sekali gus mengoptimumkan komunikasi strategik menerusi penglibatan media. Edisi kali ini membawa para peserta meneroka produk-produk berteraskan pengalaman pelancongan, alam semula jadi, agropelancongan dan gastronomi di sekitar daerah Beaufort, Kuala Penyu, Tenom, Keningau dan Kota Kinabalu.

Para peserta memulakan eksplorasi di Beaufort dengan menelusuri Sungai Klias tatkala matahari terbenam bagi melihat keunikan monyet Proboscis di sepanjang persisiran paya bakau selain menyaksikan keindahan panorama cahaya kerlipan kelip-kelip pada waktu malam.

Keesokan harinya, peserta dibawa melawat Pantai Sawangan sebelum menaiki bot ke Taman Pulau Tiga di Kuala Penyu bagi merasai pengalaman mandi lumpur di Mud Volcano yang terbentuk hasil daripada gunung berapi aktif sejak puluhan tahun lalu. Produk tarikan pelancongan ini dibangunkan oleh Lembaga Pemeg ang Amanah Taman-Taman Sabah atau Sabah Parks bagi memastikan kelestarian alam semula jadi.

Di Tenom, para peserta bermalam di Naluyan Jungle Lodge, iaitu sebuah penginapan terbaharu di kaki gunung selain dibawa melawat Taman Pertanian Sabah yang antara lain menjadi pusat pemuliharaan bagi orkid asli Borneo. Turut diterokai ialah produk pelancongan Yit Foh Coffee Factory & Park meliputi kilang kopi, Restoran Yit Foh Robusta dan Coffee Park Cottage selain Kampung Marais di Kuala Tomani yang dikenali sebagai kampung tradisi masyarakat Murut.

Di Keningau, para peserta melawat Pusat Kraftangan Sabah bagi menyaksikan perusahaan kraf tangan tempatan seperti anyaman kelarai dan batik Sabah selain mencuba teknik mencanting batik. Antara lokasi persinggahan lain termasuklah di laluan berbukit Keningau-Kimanis yang terkenal dengan keunikan fenomena graviti terbalik.

Sebelum berangkat pulang, para peserta turut diraikan dalam sesi ramah mesra bersama Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Kota Kinabalu selain berpeluang bersiar-siar di Pasar Malam Sinsuran serta menikmati hidangan makan tengah hari di Restoran My Native Sabah yang menyajikan sajian tradisional seperti ambuyat dan linopot iaitu hidangan nasi berasaskan beras Bario dan turut dihidangkan bersama tuhau, bambangan dan hinava.

Dato’ Dr. Ammar berkata, pihaknya menjangkakan anggaran nilai publisiti yang bakal diraih menerusi program ini adalah melebihi RM1 juta. Pulangan besar ini sekali gus diharap dapat meningkatkan lagi penawaran pakej oleh agensi-agensi pelancongan serta permintaan orang ramai untuk melancong ke destinasi pelancongan yang dilawati bagi merancakkan sektor pelancongan, seni dan budaya.

“Kita bukan sahaja mahu membantu mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti di kawasan desa, malah mempopularkan segmen pelancongan luar bandar yang kian mendapat tempat dalam kalangan pelancong. Kecenderungan pelancong dalam mengutamakan pengalaman pelancongan akan membuka ruang dan peluang
kepada mereka untuk mempelajari budaya, tradisi, makanan, seni kraf tangan serta gaya hidup masyarakat setempat,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...