AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

347
Madu, antara bahan utama untuk menghasilkan talbinah, yang dikatakan mampu memberi ketenangan. Gambar oleh Benyamin Bohlouli- Unsplash

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin

Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam kerangka hidup yang aman dan sejahtera. Sejahtera fizikal, mental serta spiritual. Hakikat kejadian Rasulullah SAW sebagai manusia sebenarnya sama dengan kita umatnya, namun berbeza kedudukan di sisi Allah SWT; di mana Rasulullah SAW adalah kekasih dan utusan Allah SWT kepada seluruh alam.

Dr. Aizan Ali@Mat Zin

Allah SWT telah menegaskan bahawa manusia ini dijadikan lemah (Surah al-Nisa:28), bersifat panik dan keluh kesah apabila ditimpa keburukan (Surah al-Ma’arij: ayat 19-20). Walau bagaimanapun, Allah SWT tidak membiarkan kita tertanya-tanya; bagaimana kaedah yang terbaik untuk menguruskan emosi yang panik dan keluh kesah?

Justeru dalam ayat 22-23 surah yang sama, dinyatakan dengan jelas penawar yang paling mujarab iaitu solat. Orang yang istiqamah mendirikan solat dalam kehidupan sehari-hari akan terselamat daripada penyakit emosi: panik dan keluh kesah yang menggugat kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian yang penuh onak dan duri.

Selain daripada surah al-Ma’arij yang menceritakan sifat kejadian manusia dan penawar jiwa kacau, penegasan ini berulang apabila Allah SWT menerusi firmannya dalam surah al-Muzammil, telah mengarahkan Baginda SAW supaya bangun solat di waktu malam untuk menguatkan jiwa. Sebuah surah yang indah susunan bahasanya dan mendalam pengajarannya kepada kita umat Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan fungsi sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT dan mencontohi gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi.

Pengurusan emosi gaya Rasulullah SAW boleh dijejaki oleh masyarakat Islam apabila bertadabbur al-Quran, terutamanya melalui surah al-Muzammil yang bermaksud orang yang berselimut (tidur).

Wahai orang yang berselimut!{1} Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).{2}(iaitu) separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.{3}ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya, dan bacalah al-Quran dengan “tartil”.{4}(sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu wahyu (al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).{5} Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.{6}(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadah pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.{7} Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama tuhanmu (terus menerus malam dan siang), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-sebulat tumpuan.{8} Dialah tuhanmu (yang menguasai) timur dan barat; tiada tuhan melainkan dia; maka jadikanlah dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.{9} Dan bersabarlah menghadapi apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.{10} (Tafsir Pimpinan Al-Rahman).

Al-Quran dan hadis merupakan tunjang utama kehidupan Muslim di seluruh dunia. Ia dirujuk dan dikaji sepanjang masa demi kelestarian kehidupan beragama merentas masa dan sempadan geografi. Al-Quran bukan sekadar menceritakan kisah Rasulullah SAW malah kehidupan para nabi terdahulu yang penuh dengan onak dan duri serta ancaman musuh-musuh yang mencabar kestabilan jiwa dan mental. Manakala hadis Rasulullah SAW pula merakamkan perkataan, perbuatan dan amalan, sifat serta taqrir Rasullullah SAW. Para sahabat mendokumentasikan kisah Rasulullah SAW dari semasa ke semasa pada lembaran kertas dan kulit setelah terhapus larangan menulis daripada Baginda SAW.

Selain daripada Quran dan Hadis, terdapat juga penulisan Sejarah Islam antaranya Sirah Nabawiyyah dan Syamail Muhammadiyyah yang mendedahkan gaya hidup Rasullullah SAW seperti kehidupan beribadah, berkeluarga, bersosial, bergurau senda, ciri rupa paras, amalan pemakanan dan banyak lagi amalan yang dapat dituruti oleh umatnya pada masa kini. Rasulullah SAW merupakan contoh qudwah hasanah dalam kehidupan muslim. Dalam soal pemakanan Rasulullah SAW menunjukkan adab dan cara sebagai amalan hidup umatnya merentas masa dan zaman.

Salah satu hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya bermaksud: Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami: Al-Layth telah menceritakan kepada kami, dari Uqail, dari ibn shihab, dari ‘Urwah dari Aisyah isteri nabi SAW: Sesungguhnya apabila ada orang meninggal dunia, para wanita berkumpul di atas kematian tersebut, kemudian bersurai kecuali keluarganya dan orang-orang istimewanya. Dia (Aisyah R.A) telah memesan seikat talbinah dan memasaknya, kemudian dibuat bubur talbinah dan dihidangkan. Kemudian Aisyah berkata: Makanlah sedikit daripadanya, kerana aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: “Talbinah itu adalah penghibur hati yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.” Talbinah adalah sejenis bubur barli yang dicampur dengan susu dan madu. Nama masakan ini talbinah kerana bersempena dengan nama susu iaitu laban (Hadis no. 5418 dan lihat juga hadis no. 5689, Bab al-Tibb).

Kesimpulannya, penting bagi umat Islam menggali khazanah ilmu Islam dan mencontohi Rasulullah SAW dalam menguruskan emosi agar kekal tenang dan sihat. Sementalah Allah SWT berfirman yang bermaksud: sesungguhnya bagi kamu pada Rasululullah uswah hasanah (contoh yang terbaik) bagi orang yang mengharapkan Allah SWT, hari akhirat dan banyak menyebut nama Allah (Surah al-Ahzab, ayat 21).

…..

Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di aizan@um.edu.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...