BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser

335
Kredit Foto : Tourism Pahang

PAHANG 21 September 2023 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu (Wilayah Pantai Timur) dan Maybank Cawangan Kuantan telah mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser di Dewan Komplek Sukan Bukit Fraser, Raub pada petang semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man.

Menurut Tourism Pahang, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik bukan bank bagi memastikan Negeri Pahang menjadi negeri pintar melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran.

“Penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melaluiplatform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagimengurangkan jurang digital di kalangan bandar.

Usaha ini juga memerlukan perancangan rapi serta penglibatan setiap jabatan dan agensi untuk merangka dan meningkatkan keupayaan melaksanakan pembangunan inklusif dan mudah sepertimana Initiatif Cashless yang akan dilancarkan pada hari ini.” kata Tourism Pahang dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Mengulas lanjut, Tourism Pahang berkata statistik kedatangan pelancong pada tahun 2022 telah menunjukkan bahawa sebanyak 49,139 ribu orang yang telah datang ke Bukit Fraser berbanding pada tahun sebelumnya hanya 21,981 ribu orang yang mana pada ketika itu, negara masih dalam peralihan endemik Covid 19.

“Walaubagaimanapun, bagi 6 bulan pertama Januari hingga Jun tahun2023, kedatangan pelancong ke Bukit Fraser ialah 23,451 ribu orang dan ini telah menunjukkan respon yang positif bagi mencapai jumlah kedatangan pelancong ke Bukit Fraser pada tahun 2023 lebih daripada 50,000 ribu orang pelancong.

Dengan pelancaran program pada hari ini ianya sedikitsebanyak membantu industri pelancongan khususnya di Bukit Fraser dan dengan penyediaan mod pembayaran lebih mudah, cepat dan selamat melalui penggunaan DuitNow ini dapat meningkatkan lagi kemudahan terutamanya kepada pelancong-pelancong yang datang ke Bukit Fraser.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...